Laptop gaming telah menjadi antara segmen pilihan yang digemari ramai oleh disebabkan pakej lengkap yang menampilkan rekaan yang menarik bersama spesifikasi yang tinggi. Malah, laptop gaming yang berbaloi mampu menjalankan pelbagai perisian dengan lancar serta boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Malah, kini terdapat pelbagai jenama terkemuka turut menawarkan komputer riba permainan bajet untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi terutamanya sejak berlakunya pandemik. Berikut merupakan 5 laptop gaming berbaloi yang anda boleh pertimbangkan untuk penggunaan jangka masa panjang bagi menjalankan sebarang perisian dengan lancar.

1. HP Victus Gaming Laptop – RM4,355

Sumber Gambar: Shopee

Model HP Victus merupakan model baharu memasuki pasaran dan merupakan  pilihan alternatif dalam barisan Omen. Laptop ini didatangkan spesifikasi yang cukup baik serta mengekalkan harga yang berpatutan. Model ini dipadankan bersama memori storan sebesar 8GB RAM serta storan dalaman sehingga 512 GB.

Di samping itu, skrin laptop ini mempunyai ukuran 16.1-inci serta mempunyai sokongan refresh rate 144Hz yang membolehkan anda melihat dengan jelas dan lancar. Model ini juga dilengkapi dengan kamera webcam dan dikira bonus kerana sebahagian laptop gaming tidak menyertakannya.

Jika anda menginginkan laptop gaming berbaloi ini, kini model ini dijual pada harga RM4,355 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang HP Victus Gaming Laptop

2. Asus TUF Gaming F15 – RM4,499

sumber Gambar: Shopee

Jenama laptop dari Taiwan ini merupakan keluaran terbaru yang menggunakan cip pemprosesan Intel 15 generasi 11 berserta kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 yang sudah pasti boleh menampung keperluan penggunaan harian anda dengan baik. Tambahan pula, laptop ini mempunyai bahan binaan yang bergred ketenteraan sekaligus menjadikan ia lebih tahan lasak.

Asus juga cukup terkenal dengan penawaran skrin yang berkualiti tinggi, jadi secara tidak langsung anda berpeluang melihat konten menerusinya dengan baik. Di samping itu, laptop ini juga membenarkan anda menaik taraf storan memori dengan slot tambahan yang disediakan melaluinya dan juga terdapat beberapa port yang tersedia untuk kegunaan peranti luaran.

Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Asus TUF Gaming F15 ini, ia sedia ditawarkan pada hargg RM4,499 melalui Shopee.

Beli Sekarang Asus TUF Gaming F15

3. HP Omen 15 – RM5,199

laptop gaming berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Model Omen 15 merupakan antara pilihan yang digemari ramai oleh kerana tawaran spesifikasi yang baik pada harga berpatutan. Bersamanya, cip pemproses AMD terkini yang mempunyai prestasi lebih baik dalam mengendalikan perisian anda dengan efisien  dalam seharian. Bateri sebesar 70.9Wh juga mampu menjanjikan penggunaan selama 9 jam.

Storan dalaman yang besar juga boleh memuatkan pelbagai fail besar serta perisian berat menerusinya. Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai port tambahan serta kebolehan rendering dengan pantas boleh dimanfaatkan oleh pencipta konten di luar sana.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan HP Omen 15, ia sedia ditawarkan pada harga RM5,199 menerusi Shopee.

Beli Sekarang HP OMEN 15

4. Acer Nitro 5 – RM5,679

laptop gaming berbaloi
Sumber GambarL Shopee

Acer Nitro 5 juga tercalon sebagai laptop gaming terbaik yang anda boleh dapatkan dalam pasaran hari ini. Laptop ini dipasarkan untuk pasaran mid-range tetapi masih dilengkapi dengan cip yang berkuasa tinggi dengan harga mampu milik. Laptop ini menggunakan cip pemprosesan Intel-i7 generasi terkini serta kad grafik RTX 3060 menerusinya.

Skrinya yang bersaiz 15-inci sangat jelas dan cukup tajam yang boleh berfungsi dengan baik untuk menonton filem atau melayari internet. Model ini turut hadir dengan storan dalaman dan memori yang besar juga dapat membuatkan prestasi sangat lancar semasa digunakan. Bahkan, prestasi bateri juga boleh dikategorikan antara terbaik di dalam segmen laptop gaming bajet.

Kini anda berpeluang mendapatkan laptop gaming bajet yang berharga sekitar RM5,679 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Acer Nitro 5

5. Lenovo Legion 5 – RM6,249

laptop gaming berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Pada siri Legion 5 kali ini, ia hadir dengan rekaan yang cukup premium serta dibekalkan pula dengan spesifikasi yang cukup tinggi yang pasti memberi pengalaman penggunaan yang menyeronokkan. Didatangkan dengan gandingan cip pemprosesan AMD Ryzen 7 5800H bersama kad grafik RTX 3060 yang mampu menampung perisian atau permainan yang berat dengan baik.

Paparan skrin seluas 15.6″ FHD dengan kecerahan 300nits sudah mencukupi untuk memastikan paparan konten yang dipasang boleh dilihat dengan jelasnya. Ditambah pula sejumlah port tambahan seperti USB-C, HDMI, Ethernet dan sebagainya sedia memenuhi keperluan anda di mana-mana sahaja.

Kini model Legion 5 telah ditawarkan dengan harga RM6,246 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Lenovo Legion 5

Sekiranya diamati dengan teliti daripada kesemua pilihan laptop ini, Lenovo Legion 5 merupakan pilihan yang sangat sangat berbaloi untuk didapatkan oleh kerana lengkap sebagai satu pakej dengan kombinasi spesifikasi yang terkini, penawaran port tambahan untuk kegunaan harian dan yang paling penting rekaannya yang sleek.

Diharapkan dengan senarai di atas boleh bakal memudahkan anda mendapatkan laptop yang bersesuaian mengikut bajet anda. Perlu diingatkan juga harga laptop mungkin akan mungkin akan naik berikutan permintaan yang tinggi serta keadaaan stock yang terhad.

Buat anda yang memerlukan tablet yang serba lengkap untuk produktiviti seharian, boleh pertimbangkan Huawei MatePad Pro sebagai tablet harian anda.

HUAWEI MatePad Pro, Tablet Khas Buat Golongan Profesional Dengan Penggunaan Harmony OS

5 Tablet Murah Dan Berkualiti Untuk Memudahkan Pelajar Menjalankan PdPR

Nokia T20, Tablet Mampu Milik Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 15 Jam

Sumber